Apa Beza Antara Hutang Baik Dan Hutang Buruk

Kita semua pastinya pernah diajar supaya tidak berhutang. Tetapi dengan berhutanglah, kebanyakan daripada kita dapat membeli rumah dan kereta.

Hutang yang kita ambil untuk membeli rumah dan kereta tidak dapat dielak (melainkan kita dilahirkan dalam keluarga yang kaya).

Sebab itulah pentingnya kita dididik untuk membezakan antara hutang baik dengan hutang buruk.

Persoalannya sekarang – apakah itu hutang baik?
Dan apakah pula hutang buruk?

π‘―π’–π’•π’‚π’π’ˆ π‘©π’‚π’Šπ’Œ

Anda pernah dengar tak orang cakap, β€œKalau nak buat duit, kena ada duit.” Inilah asas hutang baik.

Jika hutang tersebut membantu anda untuk meningkatkan pendapatan, hutang tersebut dikategorikan sebagai hutang baik.

Ada beberapa perkara yang berbaloi untuk anda berhutang:

𝟏. π‘·π’†π’π’…π’Šπ’…π’Šπ’Œπ’‚π’

Secara asasnya, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, semakin tinggi potensi beliau untuk meraih pendapatan tinggi.

Pendidikan mempunyai korelasi yang positif dengan kebolehan seseorang untuk mendapatkan pekerjaan.

Kebarangkalian pekerja berpendidikan untuk mendapat pekerjaan yang memberikan gaji yang berbaloi adalah lebih tinggi daripada pekerja lain.

Malah mereka juga lebih senang mendapat peluang pekerjaan baru.

Sebab itulah pengambilan hutang untuk pengajian di kolej atau universiti boleh dianggap hutang baik.

Tetapi dengan syarat, pengajian tersebut mestilah bersesuaian dan diambil dengan serius.

Jika anda berhutang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian yang anda tak minat untuk jadikan karier, ia boleh dianggap hutang buruk.

𝟐. π‘·π’†π’“π’π’Šπ’‚π’ˆπ’‚π’‚π’ π‘²π’†π’„π’Šπ’ 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒅𝒆𝒓𝒉𝒂𝒏𝒂

Potensi perniagaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai punca pendapatan amatlah besar.

Sebab itulah berhutang untuk memulakan perniagaan boleh dianggap sebagai hutang yang baik.

Dengan berniaga, anda bukan saja tidak bergantung kepada pihak ketiga untuk meraih pendapatan.

Malah potensi pendapatan anda juga boleh meningkat berkali-kali ganda berbanding bekerja makan gaji. Asalkan anda sanggup bekerja keras.

Dengan sedikit nasib, keazaman, cita-cita tinggi dan kerja keras, anda boleh menukar syarikat PKS anda menjadi salah sebuah syarikat yang tersenarai dalam Bursa KL.

Bagaimanapun seperti pendidikan, perniagaan juga mempunyai risikonya yang tersendiri.

Tetapi dengan ilmu dan sikap yang bagus, risiko ini dapat dikurangkan.

πŸ‘. 𝑯𝒂𝒓𝒕𝒂𝒏𝒂𝒉

Secara asasnya terdapat dua cara untuk menjana pendapatan dalam bidang hartanah.

Pertama adalah melalui hasil sewaan (rental yield). Untuk menjana pendapatan melalui hasil sewaan.

Kutipan sewaan tahunan anda mestilah lebih tinggi daripada jumlah pinjaman bank tahunan yang anda bayar untuk membeli rumah tersebut.

Di Malaysia, hasil sewaan sekitar 5% per tahun dianggap sebagai penanda aras hasil sewaan yang bagus.

Tetapi hakikatnya tak semua pelabur hartanah mampu menjana pendapatan menerusi hasil sewaan.

Pelabur seperti ini biasanya akan melihat potensi pendapatan jangka masa sederhana dan panjang menerusi capital gain.

Capital gain diperolehi apabila harga hartanah yang anda jual lebih tinggi daripada harganya semasa anda beli selepas satu tempoh tertentu.

πŸ’. π‘·π’Šπ’π’‹π’‚π’Žπ’‚π’ 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒃𝒖𝒓𝒂𝒏

Pinjaman pelaburan yang memberikan kadar faedah yang rendah tetapi kadar dividen yang tinggi boleh menjadi salah satu contoh hutang baik.

Ia mampu β€˜memaksa’ anda untuk menyimpan dan melabur, sekaligus mengelakkan anda daripada membeli barang-barang yang tak perlu.

π‘―π’–π’•π’‚π’π’ˆ π‘©π’–π’“π’–π’Œ

Jika hutang baik berpotensi untuk meningkatkan pendapatan peminjamnya, hutang buruk pula menyebabkan peminjamnya kehilangan duit.

Secara asasnya, hutang buruk berlaku apabila anda meminjam untuk membeli aset-aset susut nilai.

Dalam erti kata yang lain, jika sesuatu barang itu akan susut nilainya selepas satu tempoh masa, anda tidak sepatutnya berhutang untuk membeli.

Antara aset-aset susut nilai yang selalu dikaitkan dengan hutang buruk adalah:

𝟏. 𝑲𝒆𝒓𝒆𝒕𝒂

Kereta adalah contoh klasik aset susut nilai. Kereta baru contohnya akan hilang 50% nilai asalnya selepas hanya tiga tahun.

Tak dinafikan kereta adalah satu barang keperluan bagi majoriti golongan profesional di Malaysia.

Tetapi berhutang besar dan lama dengan Bank hanya untuk membeli kereta/motosikal baru dan canggih amatlah tidak digalakkan jika anda berhasrat untuk mengurangkan hutang buruk.

Pakar kewangan menasihatkan jumlah bayaran bulanan pinjaman kereta/motosikal anda tidak boleh melebihi 30% jumlah gaji bulanan anda.

𝟐. π‘©π’‚π’“π’‚π’π’ˆ π‘²π’†π’Žπ’‚π’‰π’–π’‚π’

Dalam perbelanjaan, anda perlu pandai membezakan antara barang keperluan dengan barang kemahuan.

Makanan, pakaian dan hiburan adalah satu keperluan. Tetapi ia juga boleh menjadi satu kemahuan apabila anda mula berlebih-lebihan sehingga terpaksa berhutang.

Apabila anda terpaksa berhutang untuk membeli makanan, pakaian dan hiburan, ini bermakna anda sudah membuat hutang buruk.

Ketiga-tiga keperluan asas ini sepatutnya boleh dibeli tanpa berhutang jika anda mempunyai pekerjaan yang bergaji.

Sebab itulah anda perlu membezakan sama ada baju berjenama yang mahal adalah satu keperluan atau kemahuan.

Adakah makan di restoran 24 jam sehari 7 hari seminggu satu keperluan atau kemahuan?

Adakah telefon pintar baru dan canggih satu keperluan atau kemahuan?

𝟯. 𝑲𝒂𝒅 π‘²π’“π’†π’…π’Šπ’•

Hutang kad kredit adalah satu lagi contoh hutang buruk.

Ini kerana hutang kad kredit biasanya dicaj dengan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman konvensional.

Manakala jadual pembayarannya pula disusun untuk memaksimakan kos kepada pemegang kad.

π‘²π’†π’”π’Šπ’Žπ’‘π’–π’π’‚π’

Sebelum membuat apa-apa komitmen kewangan yang memerlukan anda untuk berhutang.

Pastikan anda mengenalpasti sama ada komitmen tersebut menambah hutang baik atau buruk anda.

Hutang baik adalah hutang yang ada potensi menambah pendapatan anda.

Hutang buruk pula adalah hutang yang digunakan untuk membeli aset-aset susut nilai seperti kereta, pakaian, makanan dan hiburan yang mahal-mahal.

Kebijaksanaan anda membezakan hutang baik dengan buruk akan menentukan kesihatan kewangan anda pada jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Moga perkongsian ini memberi manfaat. Sila kongsi ya… dengan rakan-rakan anda. Moga semua dapat ilmu yang bermanfaat.

Tak nak terlepas Tips berkaitan Info Kewangan Terkini dan Tips Refinance Rumah ?

Sila bacaΒ Artikel Tips KewanganΒ kami dibawah untuk dapat maklumat yang Lanjut :